Bismillah.
Saya mulakan post kali ni dengan nama Allah yang agung, tempat kita
semua
bergantung, tempat kita semua menyembah dan patuh. Saya minta ampun pada
Allah
andai saya sendiri tidak beramal, ya Allah, kurniakan kekuatan kepadaku
untuk
mengamalkan seluruh apa yang aku katakan. Post kali ini mungkin
sensitive bagi
sesetengah orang. Mungkin ramai yang tak mampu terima, atau mungkin ada
yang
terima namun rasa berat untuk amal, dan ada yang setuju, faham dan amal.
Saya harap, korang lapangkan dada, menilai dengan syarak tentang isu
ini, ketepikan
nafsu.
Post
kali ini tentang satu isu besar dan ramai yang lemah dan gagal memahaminya
dengan baik, hatta seorang yang ikut tarbiah sekalipun. Ia adalah isu IKHTILAT.
Satu isu yang telah berjaya membolak-balikkan hati segelintir daie, isu yang
telah berjaya mkenghacurkan dan memerangkap hati sesetengah orang yang ikut
tarbiah.
Saya pernah
bersembang dengan ramai orang, apabila mereka luahkan masalah mereka,
kebanyakannya rasa terseksa dan terperangkap dengan dosa ikhtilat ni. Ada yang
langsung tak rasa ikhtilat ni salah dengan beberapa alasan yang sangat tak
berlandaskan syarak tapi akal. Ada yang tahu akan bahayanya ikhtilat, namun
akibat nafsu yang membuak-buak, dia “cair” dan berjinak-jinak dengan ikhtilat.
Ada yang sudah terjebak dengan ikhtilat dan telah merasai betapa SEKSANYA bila
terperangkap dalam ikhtilat, dan jiwanya meronta-ronta untuk BEBAS dari penjara
dosa ikhtilat ini.
Oleh
sebab itu, post ini di tulis. Dengan harapan isu ini di fahami dengan jelas.
Dengan harapan, kita BEBAS dari penjara dosa. Dengan harapan, kita akan lebih
laju dalam tarbiah dan dakwah setelah kita terlepas dari ikhtilat ini. Bagi
memusnahkan kekeliruan akan isu ini, saya akan bahagikan penulisan ini pada:
1)Benda
ASAS dalam ikhtilat yang perlu di fahami.
2)Faktor
tewas dalam ikhtilat
3)Kekeliruan
dan penyelasaian dalam ikhtilat.
Dengan
nama Allah, saya mulakan huraian ini. Dengan penuh harapan padamu, ya Allah,
kurniakan kefahaman pada kami.
BENDA ASAS DALAM IKHTILAT YANG PERLU DI FAHAMI
BENDA ASAS DALAM IKHTILAT YANG PERLU DI FAHAMI
Awalnya,
saya nak sentuh tentang apa itu ikhtilat. Ikhtilat ni kalau nak mudah faham, ia
adalah pergaulan antara laki dan perempuan. saya rasa semua tahu. Ok, jom kita
terjah satu-satu penerangan:
a)HUKUM
Hukum
asal ikhtilat adalah haram. Harus andai berlaku beberapa situasi iaitu:
-Dhorurat
-Hajat
-Dakwah
Cerita
bab hukumnya, semua benda yang hukum asalnya HARAM, amat perlu di telitikan.
Contoh mudah, makan babi. Hukum asal haram. Harus andai dalam keadaan dhorurat.
Maka ketika itu, boleh makan babi CUKUP hanya untuk menghilangkan dhorurat.
Andai lebih-lebih, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu HARAM.
Begitu
juga dalam ikhtilat misalnya, contoh untuk DHORUROT ialah nak selamatkan nyawa
di hospital. Sometime doctor laki terpaksa buka sebahagian aurat perempuan
misalnya. Maka di haruskan. Namun, andai doctor tu lebih-lebih, dengan buka
tempat yang taka da kena mengena, maka HARAM. Banyak lagi contoh lain.
Kalau
untuk HAJAT, contoh simple ialah belajar. Perhubungan untuk tujuan belajar, Tanya
soalan-soalan, bersifat ilmiah, maka di benarkan. Tapi kalau start sembang just
Tanya khabar dan lain-lain yang taka da kena mengena dengan hajat, maka
hukumnya kembali keapda asal, HARAM.
Kalau
untuk DAKWAH, agak panjang perbahasannya. Contohnya kalau nak buat meeting yang
sangat penting dan memerlukan perkumpulan lelaki dan perempuan. Maka boleh,
namun perlu mematuhi segala syarat yang telah di gariskan. Apa syarat-syaratnya?
Nanti kita masuk.
b)Kenapa ikhtilat HARAM?
b)Kenapa ikhtilat HARAM?
Kerana
ia menghampiri zina. Simple. Dosa yang besar bermula dari dosa
yang kecil.
Ramai orang yang mati dengan nyamuk aedeis berbanding kena makan buaya.
Ramai
orang yang hancur akibat dosa kecil berbanding dosa besar. Segala
perkara haram, dan perkara yang membuatkan kita akan terjebak untuk
melakukan perkara haram, maka hukumnya juga haram!
Allah bagi amaran, jangan hampiri zina. Apakah jalan-jalan yang membuatkan kita menghampiri zina dan akhirnya berzina? Bermula dengan pandang, senyum, bagi salam, bersembang, membuat perjanjian untuk berjumpa, kemudian berjumpa, berzina dan akhirnya masuk neraka! Kesemua ini adalah jalan zina, dan haram.
Nak hurai panjang-panjang, lepas ni, time masuk part “kekeliruan dan penyelesaian”.
Allah bagi amaran, jangan hampiri zina. Apakah jalan-jalan yang membuatkan kita menghampiri zina dan akhirnya berzina? Bermula dengan pandang, senyum, bagi salam, bersembang, membuat perjanjian untuk berjumpa, kemudian berjumpa, berzina dan akhirnya masuk neraka! Kesemua ini adalah jalan zina, dan haram.
Nak hurai panjang-panjang, lepas ni, time masuk part “kekeliruan dan penyelesaian”.
FAKTOR TEWAS DALAM IKHTILAT
Ramai
orang sekarang, apabila bertanya hukum, mereka usaha untuk dapatkan hukum yang
membenarkan dosa mereka. Contohnya ikhtilat. Hukumnya haram. Tapi bila dengar
ikhtilat akan jadi HARUS bila berlaku beberapa situasi, terus dia gembira sakan
dengan ikhtilatnya tanpa melihat situasi. Atas alasan harus. Ingat wahai kawan,
ianya harus andai:
1)Kita
terjebak pada 3 situasi, iaitu dhorurat, hajat dan dakwah.
2)Andai
kita mematuhi SYARAT-SYARAT dan tidak berlebih-lebih.
Tapi
hari ni, kita tak pandang syarat. Tak rasa bersalah, bahkan rasa dosa yang kita
buat tu betul dan tak dosa, menganggap orang yang mematuhi syarat-syarat itu
sebagai SYADID, dan lain-lain. Apakah ini?
Ingat,
kita harus menilai sesuatu berlandaskan syariat, bukan akal kita. Yang kita
rasa betul dan selesa untuk kita, kita buat, walaupun ia melanggar syariat.
Apakah ini? Check balik diri, ada tidak nafsu kita main peranan ketika kita
menggunakan akal dan cita rasa kita dalam membenarkan apa yang kita buat?
KEKELIRUAN DAN PENYELESAIAN DALAM IKHTILAT
Kekeliruan
ni banyak. Kalau saya nak rungkaikan segala kekeliruan dan bagi penyelesaian,
sangat lenguh jari nak type. Hakikatnya, kalau kita dah faham benda basic yang
saya dah hurai kat atas tadi tu, segala kekeliruan boleh settle. Tapi, saya just
nak kemukan beberapa kekeliruan yang famaous.
a)”Kitorang kawan je. Bukan bercinta pun”
“Kitorang nak eratkan ukhwah. Ukhwah tu penting!”
“Kitorang just sembang-sembang biasa je. Tanya kerja rumah. Penting!”
“Kitorang bukannya zina pun…”
“Kitorang nak eratkan ukhwah. Ukhwah tu penting!”
“Kitorang just sembang-sembang biasa je. Tanya kerja rumah. Penting!”
“Kitorang bukannya zina pun…”
Kalau
orang yang bagi alasan macam ni untuk membenarkan dosa yang diorang buat, check
balik, adakah kawan dengan berlainan jantina ni dhorurat yang kalau tak buat,
kita mati, atau hajat, yang mana sampai perlu berkawan. Bab belajar sama-sama
misalnya, selagi boleh sesame jantina, maka utamakan yang sesame jantina.Ana
ada kawan, dia kata:
“Ush, tak boleh kot study group tanpa perempuan. Bila ada perempuan baru semangat.”
“Perempuan biasanya pandai, aku biasa rujuk dekat perempuan. Sebab tu penting study group laki perempuan…”
Dan lain-lain. Apakah? Pertama, saya nak nyatakan. Betulkah mesej atau persembangan korang time tu hanya menyentuh bab belajar? Kalau korang selitkan sembang-sembang biasa, siap ada “hehe”,smiling-smiling, Tanya-tanya khabar dan lain-lain, itu bukan belajar beb. Itu ikhtilat!
“Ush, tak boleh kot study group tanpa perempuan. Bila ada perempuan baru semangat.”
“Perempuan biasanya pandai, aku biasa rujuk dekat perempuan. Sebab tu penting study group laki perempuan…”
Dan lain-lain. Apakah? Pertama, saya nak nyatakan. Betulkah mesej atau persembangan korang time tu hanya menyentuh bab belajar? Kalau korang selitkan sembang-sembang biasa, siap ada “hehe”,smiling-smiling, Tanya-tanya khabar dan lain-lain, itu bukan belajar beb. Itu ikhtilat!
Mustahil
andai kita berurusan dengan berlainan jantina atas alasan kawan misalnya, tidak
mengganggu hati kita. Akhirnya, sedar tak sedar, kita rasa seronok bila sembang
berlainan jantina, rasa “semacam”, rasa gembira. Hakikatnya, itulah nafsu.
Selagi boleh berhubung sesame jantina, maka utamakan yang sesama jantina!
Saya ulang:” Selagi boleh berhubung sesama jantina, maka utamakan yang sesama jantina!”
Selagi
boleh belajar dengan sesama jantina, selagi boleh Tanya pasal homework sesama
jantina, maka buat! Kalau tak, memang hukumnya kembali haram. Kawan? Kawan
sesama jantina kita pun kita tak settle, ada gaduh-gaduh dan sebagainya, buat
apa sibuk-sibuk nak kawan berlainan jantina wahai kawanku yang hensem lagi
smart? Kitorang bukan zina pun? Itulah jalan zina. Harap maklum.
Ukhwah? Bab ni saya suka untuk hurai. Apa
hukum berukhwah dengan berlainan jantina? Baca ni betul-betul dan fahami. Sebelum
saya yang hina ni menjawab soalan ni, saya beritahu kenapa saya timbulkan
persoalan di atas. Ia adalah kerana saya Nampak, ramai yang “melonggarkan”
ikhtilat ini atas dasar:”kami hanya berukhwah!”.Maka, yang terjadi, sesama ikhwah
dan akhwat, mereka bertanya khabar, sembang-sembang kosong dan lain-lain.
Sebelum
saya jawab soalan “adakah ukhwah di kalangan lelaki dan perempan?”,suka
saya untuk bertanya:”Apakah makna ukhwah??”Adakah ukhwah bererti
tidak bergaduh, mesra sesama orang yang berukhwah ,mengambil berat satu sama
lain dan lain-lain?
Kalau
itulah ukhwah, nescaya mat rempit dan geng-geng ganster juga berukhwah. mereka
sangat ambil berat sesama mereka, mesra dan tolong menolong. ada mat rempit, jiran
saya, meninggal dan kawan-kawan rempitnya yang lain menangis dan sedih dengan
kematian kawan rempitnya. adakah itu bermakna mereka berukhwah?
Jawapannya:TIDAK.
Eh?abis
tu, ukhwah tu apa?!
Suka ana
bagi erti ukhwah yg di ta’rifkan oleh imam hasan albanna,dalam risalah ta’lim:
“Ukhwah yang saya maksudkan ialah hati-hati dan roh-roh di hubungkan
dengan ikatan akidah. akidah adalah hubungan yg paling ampuh dan berharga. persaudaraaan
adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.
Kekuatan yg pertama adalah kekuatan perpaduan. Perpaduan takkan wujud
tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yg paling rendah ialah berlapang dada dan
yg paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.
(surah alhasyr:9)
Saudara yg jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari
dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. sedangkan mereka,kita
tak bersamanya akan bersama dgn org lain.serigala hanya akan menerkam kambing
yg bersendirian.org mukmin dgn mukmin yg lain ibarat bangunan dan mereka
perkuatkan antara satu sama lain.
(attaubah:71)
Inilah yg sepatutnya kita lakukan….”
(IMAM
HASAN ALBANNA)
Melalui
takrifan ini,maybe tak cukup faham. Nak lagi faham,rujuk buku “nazarat fi
risalah ta’lim”,yang menghuraikan
takrifan ukhwah dari hasan albanna.Katanya:”Ukhwah hanya akan di
rasai oleh mereka2 yang berjuang dan berdakwah….”
Kembali
kepada soalan di atas: soalan “adakah ukhwah di kalangan lelaki dan
perempan?”.Bagi saya, jawapannya adalah:YA.UKHWAH ANTARA LELAKI DAN WANITA
ADALAH WAJIB. Namun,seperti yang saya hurai tadi, ukhwah bukanlah bereti
mesra, galak, bersuka ria dan lain-lain. Ukhwah adalah bersatu demi menguatkan
islam. Allah hanya akan redha dengan ukhwah yang mana, hasil dari ukhwah tersebut, islam bangkit!
Yang korang kononnya "ukhwah" laki perempuan, islam makin hancur ke makin bangkit?! Bahkan, korang sebenarnya guna alasan agama untuk kepentingan nafsu!
Yang korang kononnya "ukhwah" laki perempuan, islam makin hancur ke makin bangkit?! Bahkan, korang sebenarnya guna alasan agama untuk kepentingan nafsu!
Bererti
di sini, realiti yg berlaku di kalangan ramai di kalangan kita, bagi saya, ia
bukanlah ukhwah.Tetapi ia adalah IKHTILAT!
b)Dakwah berlainan jantina?
Awalnya
saya nak Tanya. Dakwah sesama jantina dah settle belum? Berapa ramai dah kita
jadi asbab kawan sejantina kita berubah dan ikut tarbiah dan dakwah? Kalau
dakwah sesama jantina pun tak settle, buat apa nak sibuk-sibuk nak dakwah
jantina lain? Sometime, sembang-sembang atas alasan dakwah kononnya, padahal
time sembang, gelak-gelak, senyum-senyum, pandang-pandang, gurau senda dan
lain-lain. Apakah ini?
Kalau
bab dakwah ni, yang ana nak tekankan adalah isu yang memerlukan “meeting” atau
mesyuarat. Ulama’ berpendapat, tiada masalah untuk mengadakan meeting andai ia
betul-betul penting. Tetap ada syaratnya. Kalau tak patuhi syarat, macam yang
ana hurai kat atas tadi, hukumnya kembali HARAM.Syaratnya ialah:
1.
Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2.
menahan pandangan
3.
menghindari berjabat tangan
4.
mengenakan pakaian yg menepati syari’at (tutup aurat sempurna)
5. tidak
bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6.
menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:
a.
khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
b.
beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c.
seorang lelaki dengan beberapa perempuan..
7. tidak
terlalu lama dan berulang
8.
menghindari tempat yg mencurigai
9.
menjauhi perbuatan dosa
Syarat
khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:
1. jika
bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2.
berjalan dengan sopan dan tertib
3.
elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak
memakai parfum/pewangi
5.
serius dlm berbicara
Persoalannya,
sejauh mana kita patuhi syarat ni? Fikir-fikirkan.
*****
Saya kalau boleh nak hurai pelbagai lagi kekeliruan. Tapi saya yakin, bila kita fahami dan dalami betul-betul tentang hukum asas ikhtilat ni, kita dah boleh faham seluruhnya dan hilang segala kekeliruan. Sometime, kita jadi keliru, bila kita menurut sangat nafsu kita dengan nak membenarkan dosa kita. Ingat, ikut nilaian syarak. Bukan akal dan apa yang kita suka.
Saya kalau boleh nak hurai pelbagai lagi kekeliruan. Tapi saya yakin, bila kita fahami dan dalami betul-betul tentang hukum asas ikhtilat ni, kita dah boleh faham seluruhnya dan hilang segala kekeliruan. Sometime, kita jadi keliru, bila kita menurut sangat nafsu kita dengan nak membenarkan dosa kita. Ingat, ikut nilaian syarak. Bukan akal dan apa yang kita suka.
Ada
orang kata, orang yang ikut tarbiah ni SYADID sangat bab ikhtilat ni. Saya jawab
simple:
”Hari ini, orang yang mengamalkan agama mengikut syarak di anggap syadid. Orang yang melonggarkan agama di anggap benar…”
”Hari ini, orang yang mengamalkan agama mengikut syarak di anggap syadid. Orang yang melonggarkan agama di anggap benar…”
Check
diri. Sebab sangat ramai orang yang hancur lantaran terjebak dengan ikhtilat.
Ya, awal-awal atas alasan kawan, atas alasan “kami akan kahwin”, atas alasan
belajar, atas alasan dakwah tapi sebenarnya gerun, dan pelbagai alasan.
Rujuk
sirah Arrasul. Hayati kisah Aisyah. Teladani tabiin.
Saya akhiri dengan sebuah persembangan ana dengan beberapa kawan saya, kawan saya bagi
saya satu kata-kata yang sangat menarik:
“Ana
pelik dengan orang yang rasa susah kalau tak dapat study group dengan
perempuan. Yang beria-ria nak study group dengan perempuan. Lainla kalau tak
boleh elak. Tapi patuhila syarat, jangan gurau-gurau dan lain-lain. ANA TAK
STUDY GROUP DENGAN PEREMPUAN, boleh je dapat 4 flat. Nafsu je semua tu…”
Saya tersenyum:)
Saya tersenyum:)
Wallahua'lam. Andai tidak setuju dengan mana-mana
part, kita boleh bincang, nak tanya soalan atau apa-apa, ruangan komen
di sediakan. Dan kalau saya ada masa, saya akan jawab. Perkongsian dari
korang amat di galakkan.


No comments:
Post a Comment